Bigfish Team

Best Place To Invest!

  • Bagaimana Melabur Unit Trust
    • How To Invest
    • Pengiraan Pelaburan Anda
  • CONTACT US
  • FAQ
    • Kapal Layar perancangan kewangan anda
  • Info Public Mutual
    • Harga Harian Dana Public Mutual
    • Kelebihan Mutual Gold
  • Peluang Kerjaya
    • Jom Jadi Agen Unit Trust
    • Menjadi Agen Unit Trust

Kapal Layar perancangan kewangan anda

Posted by Bigfish on January 26, 2012
Posted in: A to Z to investing, Perancangan kewangan, Sales Motivation. Leave a Comment

Kenaikan kos kehidupan dan jangka hayat telah menyebabkan peningkatan keperluan perancangan persaraan di Malaysia. Anda perlu menyediakan wang simpanan yang mencukupi bagi membolehkan anda hidup selesa semasa bersara kerana simpanan KWSP anda mungkin tidak cukup untuk menampung perbelanjaan anda sepanjang tahun-tahun keemasan anda.

Ikutilah langkah-langkah berikut supaya anda bersiap sedia untuk menikmati gaya hidup idaman anda:

1. Menentukan Tempoh Persaraan Anda

Ini merujuk kepada jumlah tahun di antara usia anda bersara dan jangka hayat anda.

Sekiranya anda bersara pada umur 55 tahun dan hidup sehingga 80 tahun, tempoh persaraan anda adalah 25 tahun.

Jika sekarang anda berumur 35 tahun, anda mempunyai 20 tahun untuk menyediakan wang persaraan anda.

2. Menghitung Berapa Yang Anda Perlukan

Pertama sekali, menentukan perbelanjaan tahunan terkini anda.

Pada masa persaraan, sebahagian daripada perbelanjaan ini akan menurun sementara sebahagian lagi akan meningkat.

Anda perlu lebih kurang 80 sehingga 90 peratus daripada perbelanjaan tahunan anda yang terkini tambah inflasi untuk tahun-tahun  persaraan anda.

*Anda juga boleh menggunakan perbelanjaan semasa anda sebagai perbelanjaan masa depan kerana perbelanjaan yang mungkin meningkat akan diimbangi oleh perbelanjaan yang mungkin menurun.

3. Memahami Berapa Banyak Yang Anda Perlu Menabung

Anda perlu menyediakan wang simpanan yang mencukupi untuk tahun-tahun persaraan anda.

Walaupun wang simpanan KWSP anda akan membantu tetapi wang itu mungkin tidak cukup untuk tempoh persaraan anda. Kajian oleh KWSP menunjukkan 90 peratus pesara mempunyai wang simpanan KWSP yang kurang daripada RM100,000 dan 70 peratus menggunakan semua wang simpanan KWSP mereka dalam masa tiga tahun.

4. Ambil Tindakan Hari Ini

  • Bermula dengan satu jumlah besar pelaburan dalam unit amanah pilihan anda.
  • Mengamalkan Pemurataan Kos Ringgit dan meneruskan pelaburan anda setiap bulan.
  • Memanfaatkan daripada penambahan faedah untuk mencapai jumlah yang diperlukan di sepanjang tahun-tahun anda bekerja.
  • Menggunakan Perisian Perancangan Persaraan Financial Freedom Public Mutual untuk menghitung berapa banyak yang anda perlu menabung. Perisian ini membenarkan anda:

- Mendiagnos toleransi risiko kewangan anda,

- Menganalisis keperluan-keperluan persaraan anda,

- Menentukan dana yang diperlukan,

- Memeriksa simpanan KWSP anda untuk menentukan adakah wang simpanan KWSP anda cukup untuk persaraan anda, dan

- Mencadangkan cara-cara pembiayaan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi perunding unit trust anda, emelkan ke nizamsky@gmail.com atau talian 019-7589774 (Nizam).

Kesedaran pengurusan harta pusaka masih rendah

Posted by Bigfish on January 26, 2012
Posted in: Pengurusan Harta Pusaka, Pentingnya Penulisan Wasiat. Leave a Comment

JOHOR BAHRU 3 Jan. – Hanya 10 hingga 15 peratus masyarakat Islam di negara ini sedar dan membuat pengurusan harta pusaka bagi mengelakkan timbul masalah dalam kalangan ahli keluarga selepas meninggal dunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif As-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed, kebanyakan daripada mereka adalah dalam lingkungan umur 45 hingga 50 tahun.

Menurutnya, peratusan yang kecil itu disebabkan kurangnya pengetahuan dan maklumat berhubung perkara tersebut selain tidak tahu saluran yang tepat bagi menguruskannya.

“Masih ramai masyarakat kita tiada perancangan yang baik dan rapi dari segi pengurusan harta pusaka sehingga menimbulkan masalah di kemudian hari termasuk perselisihan faham ahli keluarga,” katanya selepas merasmikan cawangan As-Salihin Trustee Berhad Melaka/Johor di Taman Setia Tropika di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus cawangan as-Salihin Trustee Berhad Melaka/Johor, Mohd. Hairulazlan Ramlan.

Pembukaan cawangan yang menelan kos RM120,000 itu merupakan yang pertama bagi syarikat yang berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor sejak tujuh tahun lalu.

Ia adalah sebuah syarikat amanah yang berperanan memenuhi keperluan masyarakat Muslim dalam memelihara, melindungi dan mengagihkan harta mengikut prinsip syariah.

Antara perkhidmatan yang sediakan adalah perkhidmatan penulisan wasiat, pelantikan sebagai wasi, pentadbiran harta pusaka, pemegang amanah, deklarasi harta sepencarian serta deklarasi hibah.

Bagi mengelakkan masalah timbul selepas kematian waris, kata Abdul Aziz, pelantikan pihak pengurusan harta pusaka dilihat sebagai langkah terbaik bagi melindungi hak waris dengan adil.

“Pihak pengurusan harta pusaka berperanan menyediakan khidmat nasihat tentang pembahagian harta pusaka kepada waris yang ditinggalkan dan secara tidak langsung pengagihan harta pusaka boleh dilaksanakan secara adil,” katanya. – utusan malaysia

The story of the Mexican fisherman

Posted by Bigfish on January 23, 2012
Posted in: Motivational story, Perancangan kewangan. Leave a Comment

 A boat docked in a tiny Mexican village. An American tourist complimented the Mexican fisherman on the quality of his catch. “How long did it take you to get those?” he asked.

“Not so long,” said the Mexican.

“Then why didn’t you stay out longer and catch more?” asked the American.

The Mexican explained that his small catch was quite enough to meet his needs and feed his family.

“So what do you do with the rest of your time?” asked the American.

“I sleep late, fish a little, play with my children, and take a siesta with my wife. In the evening, I go into the village to see my friends, have a few drinks, play the guitar and sing a few songs. I have a full life.”

The American interrupted. “I have an MBA from Harvard and I can help you! You should start by fishing longer every day. You can then sell the extra fish you catch. With the extra revenue, you can buy a bigger boat.”

“And after that?” asked the Mexican.

“With the extra money the bigger boat will bring, you can buy a second boat and then a third boat, and then more until you have an entire fleet of trawlers. Instead of selling your fish to a middle man, you can then negotiate directly with the processing plants. Pretty soon you could open your own plant. You could leave this little village and move to Mexico City, Los Angeles, or even New York! From there you could direct your whole enterprise.”

“How long would that take?” asked the Mexican.

“Twenty — perhaps twenty-five years,” replied the American.

“And after that?”

“Afterwards? Well, my friend,” laughed the American, “that’s when it gets really interesting. When your business gets really big, you can start selling stocks and make millions!”

“Millions? Really? And after that?” said the Mexican.

“After that you’ll be able to retire, live in a beautiful place near the coast, sleep late, play with your children, catch a few fish, take siestas with your wife and spend your evenings drinking and enjoying your friends.”

By Dr Mark Albion

NOTA BIGFISH: Setiap orang pastinya mengimpikan kehidupan dengan mendapat kebebasan kewangan dan berkongsi kebahagiaan tersebut pada masa persaraan nanti. Alangkah indahnya jika kebebasan kewangan itu dicapai secepat mungkin hasil penat lelah selama ini dan dinikmati bersama-sama dengan orang yang tersayang. :)

Bilakah waktu terbaik untuk melabur dalam unit trust?

Posted by Bigfish on January 23, 2012
Posted in: Uncategorized. Leave a Comment

Dalam keadaan ketidak tentuan pasaran saham Bursa Malaysia dan serantau, ramai takut nak beli unit trust. Perlu ke anda risau untuk beli unit trust bila pasaran Bursa Malaysia trend tidak menentu?

Saya nak tanya, agak-agak bila Bursa Malaysia ni stabil?
Susah nak cakap kan?

Ok, dalam posting ini, saya nak share info tentang bilakah waktu yang terbaik untuk anda beli unit trust.

Hakikat sebenarnya, dalam unit trust, tiada panduan yang tetap dan tepat mengenai waktu yang terbaik untuk membeli unit (sama ada membeli untuk tabung/fund baru atau membeli untuk menambah unit yang sedia ada). Ini kerana harga unit sentiasa naik-turun (fluctuates) mengikut keadaan ekonomi semasa, pasaran saham dan perubahan dalam nilai unit tabung itu sendiri.

Tahukah anda kenapa saya berpandangan sedemikian?
Ada 3 senario yang saya ingin nyatakan:

(1) Membeli unit ketika harga unit tidak berubah (atau hanya perubahan kecil) memberikan pelabur rasa tenang dengan kestabilan harga unit. Namun begitu, untuk jangka masa pendek, pelabur hanya menikmati sedikit saja keuntungan dari segi kenaikan modal jika ingin menjual balik unit-unit yang telah dibeli.

(2) Membeli unit ketika pasaran sedang naik menjadi favourite ramai pelabur kerana mereka boleh mendapat pulangan tunai dengan cepat dari pelaburan mereka. Tetapi perlu di ingat, mereka akan
kerugian dari segi bilangan unit jika lambat untuk membeli.

Persoalannya, bilakah kita tahu harga pasaran naik atau menurun?
Ikut trend? Susah nak cakap gak kan?

(3) Membeli unit ketika pasaran sedang menurun juga menjadi favourite ramai. Sebab dengan harga lebih rendah, semakin banyak unit yang kita perolehi. Dan dengan unit yang banyak ini, untuk jangka masa panjang, semakin banyaklah jumlah unit diperolehi bila ada dividen yang dilabur semula atau jika ada unit split.

Kesimpulannya, membeli ketika harga paling rendah dan menjual ketika harga paling tinggi adalah teori asas dalam pelaburan.

Namun, tiada siapa dapat meramalnya. Pasaran saham mungkin jatuh lebih rendah daripada rekod yang pernah dicatat dan mungkin mencatat rekod tertinggi baru.

Jadi, realitinya tiada waktu terbaik untuk membeli unit. Pelabur boleh membeli unit bila-bila masa. Namun begitu dalam pelaburan unit trust, pelabur hendaklah tahu asas-asas strategi yang boleh
diambil (samada untuk membeli atau untuk menjual unit) apabila harga unit tidak banyak bergerak, harga mula bergerak naik ataupun ketika harga mula menurun supaya dapat memaksimumkan keuntungan.

Pelaburan tetap secara berkala juga sering dikatakan cara terbaik melabur dalam unit amanah kerana pelabur dapat membuat pemurataan kos (cost averaging).

Okah, setakat ini dulu perkongsian saya hari ini, harapan saya agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda, para pelabur dan juga bakal pelabur unit trust.

Ahmad Hanizam,
Public Mutual Unit Trust Consultant
019-7589774

Cara paling bijak untuk melabur

Posted by Bigfish on January 21, 2012
Posted in: A to Z to investing, FAQ Pelaburan Unit Trust, KWSP. Leave a Comment

Sekarang saya akan tunjukkan  bagaimana nak melabur cara bijak melalui contoh yang mudah…

1)     Pakcik Hamid melabur sebanyak RM10,000 sekaligus (lump-sum) dalam ASB pada kadar 8% setahun untuk tempoh 20 tahun. Dalam tempoh itu, RM10,000 tadi langsung tak disentuhnya sehinggalah tamat tempoh 20 tahun itu. Jadi, pada akhir tempoh 20 tahun Pakcik Hamid akan dapat RM46,610. Gembiranya dia..patut ke dia rasa gembira? Ok kita tengok pulak kisah kat bawah ini.

2)     Makcik Bedah tak ada duit sebanyak RM10,000 tu sekaligus, tapi beliau ada dalam RM100 untuk disimpan setiap bulan. Jadi beliau menyimpan tanpa henti (regular) sebanyak RM100 sebulan selama 20 tahun (sama tempoh seperti di atas) dalam unit amanah pilihannya iaitu Public Mutual pada kadar pulangan sebanyak 8% setahun (juga sama pulangan seperti Pakcik Hamid di atas). YANG MENGHAIRANKAN pada akhir tempoh 20 tahun Makcik Bedah dapat RM60,548 lebih sebanyak RM13,938 daripada Pakcik Hamid.

Jadi antara Pakcik Hamid dan Makcik Bedah siapa yang lebih bijak?

Cara mana yang lebih baik?

Tak payah cari duit bertimbun2. Tak ada duit bukan alasan. Dengan hanya RM100 sebulan atau menggunakan Akaun 1 KWSP, semua mampu. Pulangan 8% adalah sekadar contoh saja, ada yang dapat sampai 10%, 12% dan 15% pun ada. Sekarang pula, harga Unit Amanah memang masih rendah.. berbaloi kalau melabur. Benda yang jatuh takkan jatuh selamanya, macam saham. Esok bila dah naik, KAYA lah kita sama2. :)

Fikir2 kanlah, inilah masanya  nak menyimpan untuk pergi haji ke, simpanan pelajaran anak2 ke, simpanan hari tua ke..buatlah perancangan dari sekarang.

Tidak tahu bagaimana caranya?

Jangan segan hubungi / sms  019-7589774 (Nizam) 

Unit Trust Consultant Public Mutual 

P/S: Jika berminat, sila tinggalkan no. telefon dan kami akan menghubungi anda…:)

Saya cuma ingin membantu dan  berkongsi maklumat bagaimana nak menggandakan simpanan KWSP ataupun TUNAI dan “Make Money Work For You”

Kalau sudah melabur..TAHNIAH anda sudah bersedia menempuh hari senja…Saya sudah melabur 3 tahun yang lepas  dan  nampak keuntungannya, purata pulangan saya terima lebih kurang 10%~12% setiap tahun….berbaloi kan….Dulu pun, saya tak tahu, ini pun kawan yang beritahu…Oleh itu saya ingin berkongsi dengan rakan saya pula “Help Friend To Make More Money” untuk dunia dan akhirat.  Paling penting pelaburan ini adalah pelaburan patuh SYARIAH.

Mengetahui nilai masa wang

Posted by Bigfish on January 20, 2012
Posted in: A to Z to investing, Rahsia Orang Kaya. Leave a Comment

Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam analisis pelaburan ialah nilai masa wang. Ia membentuk asas kepada celik kewangan, di samping menjadi asas untuk memahami penilaian dan pelaburan kewangan.

Warren Buffett, salah seorang pelabur paling berjaya pada masa ini, amat mempercayai nilai masa wang. Beliau lebih gemar memilih untuk melaburkan semula wang yang dijana daripada perniagaan daripada menggunakannya untuk membayar dividen kepada pemegang saham syarikatnya. Dengan cara ini, wang itu terus berkembang.

Begitu juga, nilai pelaburannya akan berganda mengikut masa, sama sepertimana bakteria membiak, dan kesannya pulangan akan meningkat dengan lebih tinggi. Inilah yang dikatakan kuasa masa terhadap nilai wang.

Masa ialah aset yang terbesar bagi seseorang yang hendak melabur. Lebih awal anda melabur, maka lebih besar pulangan atas nilai wang. Ini disebabkan oleh prinsip faedah kompaun yang anda perolehi daripada faedah atas pelaburan asal anda. Walaupun terdapat perbezaan satu mata peratusan, kesan dalam jangka panjang boleh menjadi ketara.

Contohnya anda melabur RM1,000 sekali gus dan mendapat pulangan 10% setiap tahun. Tahun pertama nilai pelaburan anda adalah RM1,100, tahun ke-2 RM1,210, tahun ke-3 RM1,331, tahun ke-4 RM1,464, tahun ke-5 RM1,611, tahun ke-6 RM1,772 dan tahun ke-7 pula sebanyak RM1,949. Sebagai pelabur, anda boleh terus melabur untuk mendapatkan pulangan tinggi bagi pelaburan anda. Umpamanya pada tahun ke-7, pulangan pelaburan anda  hampir berganda.

Masa yang diperlukan untuk menggandakan wang anda boleh dikira dengan peraturan 72. Bahagikan 72 dengan peratusan faedah yang anda peroleh daripada simpanan. Sekiranya pulangan yang diperoleh tidak memuaskan, anda boleh menimbang pilihan lain yang memberi kadar pulangan yang lebih tinggi. Berapa lamakah masa diambil untuk menggandakan simpanan anda?

72 / 2% = 36 tahun, 72 / 5% = 14.4 tahun, 72 / 8% = 9 tahun, 72 / 10% = 7.2 tahun dan 72 / 12% = 6 tahun (Dengan kadar pulangan 12%, wang akan berganda dalam tempoh kira-kira 6 tahun.

“Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda.  Lebih tinggi pulangan pelaburan, lebih cepat pula anda dapat menggandakan wang anda.  Tapi awas – semakin tinggi pulangan sesuatu pelaburan, semakin tinggi juga risiko anda kehilangan wang pelaburan anda. :)

Oleh itu, pilih pelaburan yang membawa pulangan yang elok dan sentiasa ukur risiko pelaburan anda agar tidak tertipu semasa cuba menggandakan wang anda.”

Posts navigation

← Older Entries
  • Takwim Masehi

    January 2012
    M T W T F S S
    « Dec    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Album Bigfish

    Big Sky Country

    McWay Cove

    More Photos
  • Carian Di Sini

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 1,521 other followers

  • Artikel Terbaru

    • Kapal Layar perancangan kewangan anda
    • Kesedaran pengurusan harta pusaka masih rendah
    • The story of the Mexican fisherman
    • Bilakah waktu terbaik untuk melabur dalam unit trust?
    • Cara paling bijak untuk melabur
    • Mengetahui nilai masa wang
  • Syarikat Unit Trust No.1

  • Peluang Kerjaya sebagai Unit Trust Consultant (UTC)

    1. Stuktur insentif dan program faedah untuk memperbaiki skil. 2. Potensi utk mendapatkan pendapatan yg tidak terhad. 3. Waktu kerja yang fleksibel. 4. Pilihan yang luas untuk peralatan perancangan dan penjualan profesional. 5. Insentif-insentif penjualan dan kempen untuk menyokong penjual anda. 6. Subsidi untuk kursus pensijilan Certificated Financial Planner (CFP). 7. Subsidi pinjaman kereta dan rumah. 8. Pelbagai subsidi untuk merekrut dan subsidi untuk pembangunan agensi. 9. Dan banyak lagi...
  • Great Eastern Takaful

  • Berminat untuk dapatkan quotation insurans takaful?

    Sila sertakan: nama anda, tarikh lahir, pekerjaan, merokok/tidak, bajet bulanan anda, no.hp dan emailkan ke nizamsky@gmail.com dan quotation insurans takaful Great Eastern akan diemailkan secepat mungkin :)
  • Topik Menarik

    • 2012 Special Challenge – New York
    • A to Z to investing
    • Anggaran Kos Rawatan
    • Aplikasi Gadaian Islam
    • Artikel bisnes
    • Bagaimana menjadi agen yang berjaya
    • Biodata Ahmad Hanizam
    • Buletin Insurans Takaful Great Eastern
    • Buletin Takaful Great Eastern
    • Cara mengenal skim penipuan
    • Cara Pengiraan Pelaburan
    • EPF Approved Fund
    • FAQ Pelaburan Unit Trust
    • Financial Planning
    • Great Cash Gain
    • Great Cash Wonder
    • Great Eastern claims 2011
    • Hukum 72
    • i-Great Abadi
    • i-Great Amal
    • i-Great Damai
    • Inflation
    • Info Unit Trust
    • Insuran Hayat dengan Great Eastern
    • Insurans dan anda
    • Jenis-jenis dana unit trust
    • Jenis-jenis Pelaburan
    • Jurnal Perjalanan Bigfish Team
    • Keajaiban Compounding Interest
    • Kerja makan gaji vs buat bisnes
    • Kesan Inflasi
    • Key Man Policy Insurance
    • Kisah Kejayaan Agen Unit Trust
    • Komunikasi dalam perniagaan
    • Konsep pemilikan dalam Islam
    • KWSP
    • Maklumat Insurans
    • Maklumat tentang Unit Trust
    • Malaysia's 40 Richest Man
    • Manfaat pemurataan ringgit
    • Market Report
    • Menilai pelaburan unit trust anda
    • Motivational story
    • Pay Yourself First
    • Pelaburan Hartanah
    • Pelan Takaful Haji / Umrah
    • Pemurataan Kos Ringgit
    • Pengurusan Harta Pusaka
    • Pentingnya Penulisan Wasiat
    • Peraduan Great Eastern Takaful
    • Perancangan kewangan
    • Perumpamaan tiram dan helang
    • Plan Takaful Great Eastern dengan medical card
    • Public Mutual News
    • Rahsia Kekayaan Dari Formula 70/30
    • Rahsia Orang Kaya
    • Sales Motivation
    • Santai
    • Selamat Hari Raya Aidilfitri
    • Sistem Kewangan Islam
    • STAR Great Eastern Takaful
    • Stock Basics
    • Strategi Samudra Biru
    • Syariah compliance in Islamic Unit Trusts
    • Tabiat Jutawan
    • Tabiat menyimpan
    • Takaful dan anda
    • Tempoh bertenang
    • The Power of Leverage
    • Uncategorized
    • Unit Trust basics
  • Rakan Media Sosial

  • Blogroll

    • Annuar Agency
    • Azrin 9113
    • Bicara Jutawan
    • Blog Shahrazali
    • Bursa Malaysia
    • Cendawan Global
    • Compound Interest Calculator
    • e-Bigfish
    • Ebook Pintar
    • Fauzi Takaful
    • Federation of Investment Managers Malaysia
    • Great Eastern Takaful Website
    • i-Great Partner
    • Inspire Me
    • InvestorWords
    • Irfan Khairi
    • KC Quest
    • KWSP
    • Labur Niaga
    • Malaysian Insurance Institute
    • MDRT
    • Millionaires Habits
    • Pakdi
    • Pemikir Kaya
    • Planet Catur
    • PMUT
    • Public Bank Online
    • Public Mutual
    • Public Mutual Fund Price
    • Siti Aida Takaful
    • Takaful GE
    • The Edge
    • UNIVEST Group
    • Upside Words
    • Usahawan Bistari
    • WordPress.com
    • WordPress.org
    • Zain Abdullah's Blog
  • Siapa Bigfish?

  • AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH Pemegang BA (hons) Accounting Berpengalaman luas dalam bidang perkhidmatan kewangan dan menawarkan khidmat nasihat percuma bagi perancangan kewangan peribadi menerusi pelaburan Islamic unit trust dan takaful. Untuk temu janji dan pertanyaan lanjut, sila hubungi : HP: 019 758 9774 (Nizam) atau e-mailkan: nizamsky@gmail.com - Full Time Agent
  • Arkib Bigfish Team

    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • October 2011
    • September 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • January 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • December 2009
    • November 2009
    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
  • My Tweet

    • Kapal Layar perancangan kewangan anda http://t.co/KHWaDLg4 1 day ago
    • Kesedaran pengurusan harta pusaka masih rendah http://t.co/pqMVDbHH 2 days ago
    • The story of the Mexican fisherman http://t.co/VWPMKUs1 4 days ago
    • Cara paling bijak untuk melabur http://t.co/ESSoF5AH 1 week ago
    • Public Islamic Asia Allocation Fund http://t.co/rAIWVVfT 1 week ago
  • Admin

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.com
  • Komen Terbaru

    Bigfish on Pelaburan 101
    paklang arab on Pelaburan 101
    Bigfish on Bagaimana Melabur Unit Tr…
    Bigfish on Bagaimana Melabur Unit Tr…
    • RSS - Posts
    • RSS - Comments
  • Jejak Pengunjung

  • Jumlah Pengunjung

    • 73,818 hits
Blog at WordPress.com. Theme: Parament by Automattic.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,521 other followers

Powered by WordPress.com