Dalam keadaan ketidak tentuan pasaran saham Bursa Malaysia dan serantau, ramai takut nak beli unit trust. Perlu ke anda risau untuk beli unit trust bila pasaran Bursa Malaysia trend tidak menentu?
Saya nak tanya, agak-agak bila Bursa Malaysia ni stabil?
Susah nak cakap kan?
Ok, dalam posting ini, saya nak share info tentang bilakah waktu yang terbaik untuk anda beli unit trust.
Hakikat sebenarnya, dalam unit trust, tiada panduan yang tetap dan tepat mengenai waktu yang terbaik untuk membeli unit (sama ada membeli untuk tabung/fund baru atau membeli untuk menambah unit yang sedia ada). Ini kerana harga unit sentiasa naik-turun (fluctuates) mengikut keadaan ekonomi semasa, pasaran saham dan perubahan dalam nilai unit tabung itu sendiri.
Tahukah anda kenapa saya berpandangan sedemikian?
Ada 3 senario yang saya ingin nyatakan:
(1) Membeli unit ketika harga unit tidak berubah (atau hanya perubahan kecil) memberikan pelabur rasa tenang dengan kestabilan harga unit. Namun begitu, untuk jangka masa pendek, pelabur hanya menikmati sedikit saja keuntungan dari segi kenaikan modal jika ingin menjual balik unit-unit yang telah dibeli.
(2) Membeli unit ketika pasaran sedang naik menjadi favourite ramai pelabur kerana mereka boleh mendapat pulangan tunai dengan cepat dari pelaburan mereka. Tetapi perlu di ingat, mereka akan
kerugian dari segi bilangan unit jika lambat untuk membeli.
Persoalannya, bilakah kita tahu harga pasaran naik atau menurun?
Ikut trend? Susah nak cakap gak kan?
(3) Membeli unit ketika pasaran sedang menurun juga menjadi favourite ramai. Sebab dengan harga lebih rendah, semakin banyak unit yang kita perolehi. Dan dengan unit yang banyak ini, untuk jangka masa panjang, semakin banyaklah jumlah unit diperolehi bila ada dividen yang dilabur semula atau jika ada unit split.
Kesimpulannya, membeli ketika harga paling rendah dan menjual ketika harga paling tinggi adalah teori asas dalam pelaburan.
Namun, tiada siapa dapat meramalnya. Pasaran saham mungkin jatuh lebih rendah daripada rekod yang pernah dicatat dan mungkin mencatat rekod tertinggi baru.
Jadi, realitinya tiada waktu terbaik untuk membeli unit. Pelabur boleh membeli unit bila-bila masa. Namun begitu dalam pelaburan unit trust, pelabur hendaklah tahu asas-asas strategi yang boleh
diambil (samada untuk membeli atau untuk menjual unit) apabila harga unit tidak banyak bergerak, harga mula bergerak naik ataupun ketika harga mula menurun supaya dapat memaksimumkan keuntungan.
Pelaburan tetap secara berkala juga sering dikatakan cara terbaik melabur dalam unit amanah kerana pelabur dapat membuat pemurataan kos (cost averaging).
Okah, setakat ini dulu perkongsian saya hari ini, harapan saya agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda, para pelabur dan juga bakal pelabur unit trust.
Ahmad Hanizam,
Public Mutual Unit Trust Consultant
019-7589774




